Sunday, July 18, 2010

Bengkel Fotografi Perkahwinan

nih ler bengkel yang aku paling tunggu sesangat. malangnyer aku tak dapat nak shoot gambar cantik sebab peserta berebut2 nak amik gambar. dalam banyak2 kelas ngan abg hadi, bengkel flash paling best skali sebabnya sumer participant memberi kerjasama yang sangat baik. lepas shoot derang move beri ruang kat participant lain untuk shoot plak. berbeza dengan bengkel kali ini walaupun pengantin ada dua tapi sebab penggayaan bergilir2, tu yang berebut2 tu. at least kalau dua2 pengantin posing, saper2 pun bleh pilih nak shoot yang mana. tadek laa berebut2 dan menunggu2 giliran... huhuhu...


oleh kerana aku shoot tergesa2 sebab sumer dok pakat berebut, ada jugak penggayaan pengantin yang aku tak sempat nak shoot. composition mmg berterabur laa... tak cantik langsung. ada yang duduk shoot betul2 depan pengantin atas alasan guna kit lens. tak boleh laa itu mcm cik adik sebab aku pun pakai kit lens jugak, lepas shoot aku move gak bg orang yg pakai tele lens amik gambar plak. tapi hakikatnya dalam realiti majlis perkahwinan mmg mcm tu laa... OP dok berebut2 dengan kamera kengkawan dan sedara mara. nak gambar cantik mmg masa outdoor laa gamaknyer. atau posing kat pelamin time orang dah tadek. tu jerk laa yang bleh dapat suasana yang tenteram sket.


oleh kerana aku tak puas ati dengan hasil kerja aku tu, aku mintak izin abg hadi untuk gi kelas tu lagi sekali dengan minimum payment. kira mcm mengulang kelas laa... hahaha... satu yang aku suka kelas abg hadi nih dia tak kedekut ilmu dan kalau tak puas ati dia bleh pulang duit atau gi kelas yang sama dengan bayaran yang minima. boleh jerk aku nak mintak duit kat dia tapi lepas tu aku akan follow lagi kelas lain dengan abg hadi jugak... so daripada mintak duit baik aku gi kelas lagi dan lagi... aku harap bengkel yang akan datang nanti bersama dengan participant yang okeh2 dan dapat bagi kerjasama dengan baik. insya-Allah....

No comments:

Post a Comment