Sunday, May 9, 2010

panduan berguna

aku telah jatuh chenta sama foto2 bro adiman. oleh kerana terpegun dengan hasil foto nyer maka aku telah membuat satu pertanyaan yang telah dijawab dengan ikhlas. berikut adalah persoalan dan jawapannya.

Malu bertanya sesat jalan (24/04/2010)

Kali ini gua nak share satu pertanyaan yang ditujukan pada gua. Oleh kerana gua bukanlah seorang yang pro ataupun mahir dalam bidang fotografi, gua jawablah dengan pengalaman gua yang ade sekangkang kera ni.

salam…
nak tanya gadjet yang bro ada seperti berikut:
AF-S DX Nikkor 18-200mm f/3.5-5.6G ED VR
Tamron 17-50mm f/2.8 XR Di II
AF Nikkor 50mm f/1.8D
bleh tak citer sikit fungsi lens2 yang ada tu. saya nih beginner. baru sekali masuk kelas basic dslr adhadi. skang nih guna nikon D3K. rupa nyer tadek built in motor so kena laa beli lens yang ada motor tu kan? so far tadek laa nak fikir beli lens lagi sebab depa kata flash lagi penting. so nak mintak bro citer sket laa pasal lens apa yang sesuai utk yang tadek built in motor nih.

tq kerana sudi melayan

Itu adalah soalan yang gua terima. Tak perlulah nak bercerita siapa yang tanya tapi yang penting, gua cuba jawab semoga menjadi pedoman kepada mereka yang ade persoalan yang sama.

Jawapan:

Fungsi lens yang gua ada.
AF-S DX Nikkor 18-200mm f/3.5-5.6G ED VR – Lens ni ada built in motor. Boleh guna untuk D3000 atau mana-mana model Nikon lain yang takde motor drive kat body. Gua suka lens ni sebab dia all-rounder. Orang ramai akan panggil lens ni travel lens. Sebab apa? Sebab bila pegi jalan-jalan tak perlu bawak banyak lens. Ia mencukupi untuk cover wide (18mm) sehingga tele zoom 200mm. Walaupun lens ini sharp gila dan ada VR, tapi ia tetap ada kelemahan sebab ini bukan lens yang terbaik bila dalam gelap atau indoor. 5 bintang untuk outdoor tapi 3 sahaja untuk indoor.

Tamron 17-50mm f/2.8 XR Di II – Asal usul beliau adalah kerana suatu masa dulu bekerjaya dalam bidang fotografi perkahwinan. Maka banyaklah mengambil gambar di dalam rumah atau masjid atau dewan. Pengcahayaan amatlah teruk. Hasilnya, gua beli seketul fast lens. Lens ini sangat sharp. Tetapi kelemahannya adalah berperangai sangat teruk dalam bab focusing. Lembab nak mampus. Sorry to say, memang kecewa dengan tahap slow focusing lens ni. Ada ura-ura mengatakan problem ni hanya pada Nikon mount sahaja. 4 bintang indoor, 4 bintang outdoor.

AF Nikkor 50mm f/1.8D – Paling sayang lens ni. Sharp gila dan hebat bila mahu bermain bokeh. Walaupun tidaklah sehebat 85mm f/1.8, tetapi cukuplah dengan harga yang sedang-sedang saja. Tapi sayang, hanya boleh dipakai pada body yang ade build in motor sahaja. Option yang ada adalah korang boleh beli Nikkor 35mm f/1.8 sebab dia ade build in motor. Kualiti not bad. Gua dah cuba. AF Nikkor 50mm f/1.8D 5 bintang indoor, 5 bintang outdoor.

Recommendation gua pada pengguna yang baru berkecimpung dengan DSLR ni, supaya jangan terlalu taksub dengan bengkel atau kelas. Cara paling berkesan dan murah untuk belajar adalah berani mencuba, banyak membaca dan follow orang yang sudah lama menggunakan DSLR. Tak perlu bayar beratus-ratus untuk belajar sesuatu yang terlalu asas tetapi kalau kelas yang lebih advance – contohnya topik pengcahayaan, amat digalakkan.

Memiliki sebuah flash lebih penting dari lens apabila korang adalah seorang jurufoto perkahwinan. Ada flash + kit lens sudah cukup, boleh berniaga. Tanpa salah satu, simpan saja niat. Tetapi kalau sepanjang masa keluar mengambil gambar sunset, mungkin boleh simpan saja duit untuk sebuah flash. Saya tidak kata flash tidak perlu untuk outdoor tetapi kalau hobi mengambil gambar pemandangan, nak ada flash buat apa? My point is, if you’re like this, you dont have to rush for one. You can have it later kalau dah ade duit lebih. Tarahal.

Harapnya dapat membantu. Terima kasih.